ANAK-ANAK SYURGA

0

 

Alhamdulillah. Petang ini saya bersama-sama Gerila Kebajikan Persatuan Peduli Rakyat Sungai Besar, skuad Amal Relief - ARIF Sungai Besar dan Pemuda Amanah Sungai Besar menziarahi 3 buah rumah di Batu 23 Sungai Nibong, Parit 4 Sungai Panjang dan Parit 8 1/2 Barat, Sabak Bernam.
 

Destinasi pertama :
 
Menziarahi keluarga allahyarham Pak Hamim yang baru meninggal dunia semalam akibat sakit tua di rumahnya di Batu 23 Sungai Nibong. Pak Hamim meninggalkan seorang isteri dan 4 orang cucu yang merupakan anak yatim piatu setelah kedua-dua ibu bapa mereka meninggal dunia pada tahun lalu akibat penyakit barah. Alhamdulillah, sumbangan wang ringgit dan makanan diberikan untuk keluarga ini bagi meringankan beban mereka.
 

Destinasi kedua : 
 
Menziarahi abang Jeffry di Parit 4 Sungai Panjang yang baru kehilangan penglihatannya di mata sebelah kanan akibat jangkitan kuman . Abang Jefri merupakan penerima katil hospital dan kerusi roda kami sebelum ini. Semoga diberikan kesembuhan kepada abang Jefri.
 

 
 
Destinasi ketiga :
 
Menziarahi Encik Abu Hassan dan cucunya Nabil di Parit 8 1/2 Barat , Sabak Bernam. Kedua-duanya dalam keadaan terlantar di rumah . Pak Abu terlantar sakit akibat penyakit strok yang menimpanya minggu lepas manakala cucunya Nabil telah terlantar selama 6 bulan akibat kemalangan jalan raya. 
 
Kedua-duanya dijaga oleh isteri Pak Abu iaitu Puan Kamariah seorang diri. Jika dulu Pak Abu dan Puan Kamariah bersama-sama menjual nasi lemak untuk menampung perbelanjaan harian mereka dan kos penjagaan Nabil yang terlantar, sekarang sumber pendapatan terputus sama sekali.
 
Mereka terpaksa bergantung dengan bantuan dan belas ehsan daripada kaum keluarga, sanak saudara dan jiran tetangga untuk meneruskan penghidupan. Kami cuba dapatkan katil hospital untuk kegunaan Pak Abu seberapa segera.
 
Gerila Kebajikan Persatuan Peduli Rakyat Sungai Besar membuka peluang kepada tuan puan untuk menderma untuk disalurkan kepada mereka yang layak menerimanya di daerah Sabak Bernam umumnya dan Sungai Besar khususnya.
 
Sumbangan boleh disalurkan melalui akaun berikut: 
 
Nama. : Persatuan Peduli Rakyat Sungai Besar
No. Akaun : 12056010034899
Bank : Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB)
 
Terima kasih atas sumbangan anda untuk menggerakkan tabung kami ini. Sebarang pertanyaan boleh hubungi Cikgu Zhafri di talian 013-3059357.
 

Catat Ulasan

0Ulasan
Catat Ulasan (0)