SUMBANGAN KATIL HOSPITAL DARIPADA DANA KITA CIKGU FADLI SALLEH

0


 Lewat malam semalam saya memuatnaik status berkenaan seorang pesakit memerlukan katil hospital di Sungai Limau namun Persatuan Peduli Rakyat Sungai Besar tidak mampu untuk menyediakan katil dalam masa terdekat. Boleh rujuk status ini : https://www.facebook.com/100000826296462/posts/3664401760263998/.

 
Tak sampai beberapa jam kemudian, saya menerima Whatsapp daripada seseorang yang saya kenal secara peribadi.
 
Beliau merupakan seorang guru dan kini aktif menggerakkan badan bukan kerajaannya sendiri iaitu Dana Kita. Tak lain dan tak bukan Cikgu Mohd Fadli Salleh.
 
Beliau bertanya adakah kami masih perlukan katil?
 
Saya jawab “ya...”
 
Tapi bila beliau tanya “nak berapa ?”
 
Saya tak jawab .
 
Saya jadi segan nak mintak lebih-lebih. 
 
Petang tadi ada wakil Dana Kita telefon saya dan menyatakan bahawa mereka telahpun bersetuju untuk menaja 3 buah katil hospital untuk kegunaan kami di Sabak Bernam.
 
Bahkan katil itu telahpun dibayar dan akan tiba di sini dalam beberapa hari lagi. Subhanallah. Allah mempermudahkan hasrat kami untuk terus menyantuni masyarakat.
 
Alhamdulillah.
 
Setakat ini kami mempunyai 9 buah katil yang sedang digunakan secara percuma oleh pesakit-pesakit terlantar. Tambah 3 buah katil ini menjadikan jumlah katil adalah sebanyak 12 buah katil. 
 
Semuanya daripada infaq orang perseorangan, syarikat bahkan daripada NGO seperti NGO Dana Kita.
 
Semoga Allah merahmati perjuangan Cikgu Fadli dan timnya yang tak jemu-jemu bergerak dan menyantuni masyarakat .
 
Terima kasih.

Catat Ulasan

0Ulasan
Catat Ulasan (0)