PENYERAHAN KATIL HOSPITAL KEPADA PESAKIT PASIR PANJANG

0

Pada hari ini Gerila Kebajikan menghantar katil hospital untuk kegunaan warga emas yang terlantar di Parit 10 Pasir Panjang. Kami telahpun menziarahi nenek ini pada minggu lepas untuk mendapatkan maklumat sebelum penyerahan katil diadakan minggu ini.
 
Nenek Sapariah binti Sarno , 87 tahun hampir dua minggu terlantar disebabkan patah tulang akibat terjatuh di rumahnya . Beliau telah mengalami kepatahan di bahagian tangan kanan dan juga pinggul ke bawah. Kehadiran kami ini disambut oleh kaum keluarganya .
 
Gerila Kebajikan mendoakan semoga Allah menyembuhkan kesakitan yang dideritai oleh nenek Sapariah ini dan memudahkan urusan keluarga ini dalam menjaga dan menguruskan nenek ini. 
 

 






Catat Ulasan

0Ulasan
Catat Ulasan (0)