Pada hari ini saya dan Gerila Kebajikan Persatuan Peduli Rakyat Sungai Besar menziarahi warga emas yang terlantar di Parit 10 Pasir Panjang. Nenek Sapariah binti Sarno , 87 tahun hampir dua minggu terlantar disebabkan patah tulang akibat terjatuh di rumahnya . Beliau telah mengalami kepatahan di bahagian tangan kanan dan juga pinggul ke bawah.
Kedatangan kami ini disambut oleh kaum keluarganya yang tinggal berdekatan dan juga di Pahang. Memandangkan nenek Sapariah tidak lagi mampu bergerak dengan baik dan memerlukan penjagaan khusus , kami akan menghantar katil hospital ke rumahnya selepas ini bagi memudahkan pengurusan nenek Sapariah seperti mandi, buang air dan juga makan.
Saya dan Gerila Kebajikan mendoakan semoga Allah menyembuhkan kesakitan yang dideritai oleh nenek Sapariah ini dan memudahkan urusan keluarga ini dalam menjaga dan menguruskan nenek ini.
شَفَى اللهُ سَقَمَكَ، وَغَفَرَ ذَنْبَكَ، وَعَافَاكَ فِي دِيْنِكَ وَجِسْمِكَ إِلَى مُدَّةِ أَجَلِكَ
Maksudnya : Wahai (sebut nama orang yang sakit), semoga Allah menyembuhkanmu, mengampuni dosamu, dan mengafiatkanmu dalam hal agama serta fizikalmu sepanjang usia,” (Lihat Imam An-Nawawi, Al-Adzkar, [Damaskus: Darul Mallah, 1971 M/1391 H], halaman 115).