KEJADIAN BARU SAHAJA BERLAKU DI PEKET 60 JALAN MENUJU KE ARAH KUALA SELANGOR

0

Jawatankuasa Bertindak Jalan Persekutuan (JKBFR5) menerima satu berita terbaru kemalangan melibatkan sebuah tangki minyak di Peket 60 jalan menghala ke arah Kuala Selangor. Lori tangki tersebut dikatakan melanggar pemula pembahagi jalan (divider) yang berada di antara laluan laluan bertentangan.
JKBFR5 dimaklumkan bahawa tiada kecederaan dilaporkan. Cuma berlaku kesesakan jalan raya akibat lori tangki melintang jalan. Kami persoalkan di mana tahap keselamatan yang telah dijanjikan oleh pihak kontraktor kepada kami dalam dua mesyuarat yang telah dijalankan bersama kami. Antara perkara yang kami persoalkan ialah kurangnya papan tanda amaran yang dipasang sepanjang jalan ini.
 
————————————————————
Jawatankuasa Bertindak Jalan Persekutuan FR5 menyeru kepada seluruh pengguna Jalan Persekutuan FR5 terutama penduduk di sepanjang jajaran bermula dari Tanjong Karang hingga Hutan Melintang untuk bersama-sama kami membangkitkan isu keselamatan pengguna jalan ini dengan :
•melaporkan segala kemalangan yang berlaku di sepanjang jajaran ini .
•melaporkan sebarang ketidakselesaan dan kecuaian kontraktor dalam menguruskan aspek keselamatan pengguna FR5
•menjadi mata dan telinga kami dengan melaporkan segala jenis perkara berkaitan projek ini.
Jawatankuasa Bertindak Jalan Persekutuan FR5 berharap supaya setiap pengguna jalan FR5 supaya lebih berhati-hati dan mematuhi segala arahan lalulintas yang ditetapkan.
Kami komited untuk perjuangkan nasib pengguna jalan raya Jalan Persekutuan FR5. Sila whatsapp sebarang kemalangan dan laporan kecuaian pihak kontraktor dalam menyediakan Jalan Raya yang selamat untuk pengguna di talian 019-727 4796.
 
JAWATANKUASA BERTINDAK JALAN PERSEKUTUAN FR5
 

Catat Ulasan

0Ulasan
Catat Ulasan (0)