KEJADIAN BERLAKU AWAL PAGI INI DI LENCONGAN FUSIPIM SABAK BERNAM

0


 
 
Pada pagi ini, Jawatankuasa Bertindak Jalan Persekutuan FR5 menerima satu lagi laporan berkenaan kemalangan yang berlaku di tempat hotspot yang selalu berlaku kemalangan , iaitu lencongan di Syarikat Fusipim menuju ke Sabak Bernam. 
 
Kejadian berlaku disebabkan kereta yang dipandu oleh pemandu dari Klang ini terbabas lalu melanggar seorang pekerja Fusipim. Mangsa langgar mengalami kecederaan dan telahpun dihantar ke hospital.
 
Di hadapan kilang Fusipim Sabak Bernam ini telah berlaku banyak kemalangan sebelum ini. Lebih kurang dua bulan lepas, sepasang warga emas meninggal dunia di sebabkan kemalangan di sini. 
 
Wartawan rakyat melaporkan bahawa plastic barrier yang tidak di lock dan tidak disusun dengan rapi sehingga menimbulkan kekeliruan pemandu, jalan yang basah, lencongan “tiba-tiba” menjadi sebab berlakunya kemalangan ini. Selain itu, kami mendapat maklumat bahawa pada waktu kejadian, arrow light juga tidak berfungsi.
 
Jawatankuasa Bertindak Jalan Persekutuan FR5 berharap supaya setiap pengguna jalan FR5 supaya lebih berhati-hati dan mematuhi segala arahan lalulintas yang ditetapkan.
 
Kami komited untuk perjuangkan nasib pengguna jalan raya Jalan Persekutuan FR5. Sila whatsapp sebarang kemalangan dan laporan kecuaian pihak kontraktor dalam menyediakan Jalan Raya yang selamat untuk pengguna di talian 019-727 4796.
 
JAWATANKUASA BERTINDAK JALAN PERSEKUTUAN FR5
 

 

Catat Ulasan

0Ulasan
Catat Ulasan (0)